Artikel

Seramai 2.99 Juta Suri Rumah Di Malaysia – Bakal Terima Manfaat Skim Perlindungan, Menjelang 2022

Tidak hanya pekerja, kini kebajikan suri rumah juga mula diperkasakan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).

Tindakan ini bertepatan dengan peranan suri rumah dalam menyumbang kepada nilai ekonomi pada pembangunan institusi kekeluargaan negara.

Pelaksanaan SKSSR dijangka akan dilakukan pada tahun 2022, dan membantu pelindungan suri rumah dari aspek kemalangan, penyakit mahupun kematian.

Berdasarkan pembukaan skim ini, ia disasarkan memanfaatkan sekitar 2.99 juta warga suri rumah dan sekitar 150,000 daripadanya yang dibawah kategori isi rumah miskin, Paras Garis Kemiskinan (PGK) akan dilindungi kerajaan.

Sementara yang lain pula dibuka, penyertaan secara sukarela.

Menerusi aturan kebajikan ini, ia dapat meningkatkan taraf perlindungan dan peranan suri rumah pada pertumbuhan negara. Khususnya memenuhi cabaran konsep Bekerja Dari Rumah (BDR) dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR).