Artikel

27% Pencarum Mengeluarkan Dana i-CITRA KWSP – Berikutan Alami Pengurangan Gaji

Pengagihan pembayaran i-CITRA Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mula disalurkan pada 2 Ogos lalu.

Berdasarkan perkongsian KWSP, sebanyak RM2.3 bilion pembayaran telah dilakukan kepada pencarum berkaitan. Untuk makluman sejumlah RM19.1 bilion daripada permohonan pengeluaran kini telah diluluskan KWSP.

Sekitar 4.62 juta permohonan telah diterima KWSP, daripada jumlah tersebut – seramai 4.57 juta pencarum telah menerima kelulusan.

Sementara 50,000 permohonan lagi buat masa ini, masih disemak pengurusan.

Menurut Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussien – tinjauan dapati antara alasan tertinggi permohonan i-CITRA adalah disebabkan pengurangan gaji dan pendapatan terjejas.

Sekitar 27% pencarum pada permohonan tersebut memaklumkan alasan sedemikian. Diikuti beberapa faktor lain:

  • Membiayai perbelanjaan penting harian dan bulanan (62%)
  • Tujuan membantu pasangan, keluarga terjejas (19%)
  • Menganggur jangka masa panjang (16%)
  • Melangsaikan tunggakan hutang (16%)
  • Kehilangan sumber pendapatan utama – cuti tanpa gaji (14%)
  • Ingin miliki sumber pendapatan tambahan (9%)

Untuk makluman, bayaran i-CITRA akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu –  dengan nilai pengeluaran sehingga RM5,000.

Ini adalah anggaran amaun pengeluaran i-CITRA untuk perincian pencarum:

  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  • Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan
  • Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan
  • Bayaran minimum adalah RM50
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)