Artikel

Penerapan Teknologi Beri Jaminan Pada Landskap Agromakanan Malaysia

Pemerkasaan penggunaan teknologi terkini pada sektor agromakanan – dilihat berupaya meningkatkan pasaran negara, disamping daya pengeluaran menjadi lebih tinggi dan produktif.

Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), galakkan penerapan teknologi seperti peranti berhubung (IoT), pendigitalan dan automasi adalah bertepatan dengan pengenalan Dasar Agromakanan Negara yang akan dilancarkan kelak.

Ini dapat membentuk aturan sistem pengeluaran yang lebih pintar.

Ia tidak hanya memacu pertumbuhan, bahkan dapat meningkatkan pendapatan pemain industri negara. Untuk makluman, menerusi penggunaan SOP Kehilangan Lepas Tuai Padi yang telah dibangunkan MARDI, telah berjaya mengurangkan kehilangan lepas tuai daripada 28.5% kepada 7.9%.

Ini dilihat kemampuan teknologi, mampu memberi kesan yang baik pada kecekapan hasil pengeluaran.

Selain itu, Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 juga turut dilaksanakan bagi memastikan pengeluaran input ternakan tempatan dapat dipertingkatkan. Usaha itu dapat membantu peladang, penternak dan nelayan menguruskan stok bekalan makanan yang lebih stabil.

Adanya pemerkasaan penglibatan teknologi pada sektor agromakanan, ia akan menjadi pencetus kepada penyertaan yang lebih tinggi dalam kalangan golongan belia pada landskap ini.