Artikel

Sektor Kilang Cetus Kluster Terbesar Di Selangor, Dijangka Kes Terus Meningkat Akhir Bulan Ini – KKM

Berdasarkan sidang khas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini (6 Ogos) terdapat beberapa perincian berhubung situasi semasa penularan COVID-19 di negara.

Antara penjelasan yang diterima adalah aliran peningkatan kes ketika ini disebabkan penularan yang berlaku sejak sebulan yang lalu. Umum perlu ketahui, setiap penularan perlu mengambil masa pemantauan di antara 2 minggu sehingga 4 minggu. Malah kemunculan varian Delta di negara ketika ini turut menyumbangkan kepada peningkatan kebolehjangkitan pada paras kadar 5 hingga 8.

Pada masa yang sama, pemantauan di Selangor turut menunjukkan tiada penularan yang dikaitkan pada kluster perayaan. Ini bermakna tahap penjagaan rakyat negeri Selangor amat baik ketika ini. Namun pencetus kepada penularan itu diklasifikasikan hadir daripada kluster kilang, yang ketika ini dibenarkan beroperasi di bawah sektor kepentingan.

https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1423477277078167556

Penularan ini membawa erti, penetapan garis panduan pengurusan yang terlibat masih tidak memadai.

Malah, sidang khas turut menegaskan isu kepadatan negeri Selangor berserta kependudukan yang terdiri daripada warganegara dan warga asing juga menjadikan faktor penularan semakin meningkat. Perihal ini perlu diambilkira berbanding kepadatan negeri lain.