Artikel

Cartoon Network Raikan Hari Kucing Antarabangsa – Perkasa Sumbangan Dana Kebajikan Haiwan

Bersempena Hari Kucing Antarabangsa pada 8 Ogos kelak, Cartoon Network kini meraikan pelbagai aktiviti menarik untuk si bulus pengguna.

Antaranya adalah menjadikan kucing peliharaan pengguna terkenal, menerusi perkongsian kemahiran bunyi vokal pada segmen Cat-Roake. Pada segmen ini para pengguna berpeluang menikmati ganjaran eksklusif dengan nilai hadiah RM500.

Tidak hanya itu, pelbagai lagi aktiviti menarik turut dapat dilakukan:

  • Perkongsian gambar menarik pada segmen Fan Art Fridays turut dapat disertai oleh pengguna dan kucing peliharaan mereka
  • Mengikuti Meow-a-thon, dengan meluangkan masa mengikuti siaran terkemuka dalam Tom and Jerry, Looney Tunes Cartoons, The Amazing World of Gumball, Unikitty!, Oggy and The Cockroaches, ThunderCats Roar dan Mao Mao: Heroes of Pure Heart, dengan lebih banyak penstriman aksi meow-licik di HBO GO
  • Bergandingan di pentas peragaan bersama padanan pakaian, mainan, serta aksesori Tom and Jerry secara dalam talian di Toys R Us, Aurora ItaliaKismet Decals dan Kidz World MY.

Lebih menarik, Cartoon Network tidak hanya menampilkan segmen hiburan semata, tetapi turut menyasarkan galakkan pada sumbangan untuk kebajikan haiwan di negara. Cartoon Network mengalakan pengambilan kucing peliharaan rumah perlindungan dan sekiranya pengguna masih belum bersedia, boleh melaksanakan sumbangan dam bentuk tunai mahupun barangan keperluan – bagi membantu ekosistem haiwan negara.