Artikel

Purata Gaji Dan Upah Malaysia, Disasar Meningkat Tahun Ini – DOSM

Dinamik pemulihan sektor ekonomi negara akan menjadi penentu kepada purata pendapatan atau sentimen kadar gaji dan upah di Malaysia.

Menurut Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, sasaran itu bagaimanapun berbeza untuk setiap sektor ekonomi.

Sekiranya negara berjaya memanfaatkan penerapan teknologi dan digitalisasi pada aktiviti ekonomi – ini akan mendorong kepada kenaikan kadar upah.

Untuk makluman, tahun lalu purata gaji dan upah bulanan Malaysia telah jatuh 9.0% daripada paras purata RM3,224 kepada RM2,933.

Antara negeri yang memaparkan penurunan purata pendapatan adalah:

  • Johor (-13.0%)
  • Terengganu (-12.4%)
  • Kuala Lumpur (-12.3%)
  • Labuan (-11.5%)
  • Sarawak (-11.0%)
  • Selangor (-10.6%)

Sementara beberapa negeri lain, meskipun catat penurunan pendapatan namun masih melepasi tahap purata pendapatan paras nasional (RM2,933), iaitu:

  • Putrajaya (RM4,497)
  • Kuala Lumpur (RM3,823)
  • Selangor (RM3,480)
  • Negeri Sembilan (RM3,013)
  • Labuan (RM2,942)