Artikel

Pos Malaysia Buka Kaunter Pembaharuan Lesen Memandu – Mulai 9 Ogos Ini

Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) kini menyarankan agar semua pemandu dan pemilik kenderaan untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM), Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Vokasional (GDL/PSV) yang telah tamat tempoh, sebelum 30 September 2021.

Ini kerana, tempoh lanjutan pembaharuan lesen tidak akan disambung lagi selepas tarikh 30 September kelak.

Maka, sebarang urusniaga pembaharuan LMM dan LKM boleh dilakukan menerusi 2 kaedah, iaitu secara atas talian pada portal MySikap dan atur temujanji di kaunter JPJ.

Tidak hanya itu, rakan strategik JPJ iaitu Pos Malaysia dan Myeg turut sama akan membantu para pengguna bagi proses pembaharuan lesen ini.

Berdasarkan makluman, kaunter Pos Laju akan dibuka mulai 9 Ogos ini. Lebih 650 cawangan JPJ di operasi Pos Malaysia akan dibuka untuk memulakan urusniga tersebut.

Pihak yang terlibat perlu segera melaksanakan saranan ini, ia kerana mulai 1 Oktober pemantau berkala akan dilaksanakan JPJ bersama PDRM.