Sarawak terus tampil selaku negeri yang proaktif dalam memberi jaminan kepada kebajikan penduduknya menerusi dana sokongan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 7.0 – dengan jumlah peruntukan RM800 juta.
Tumpuan dana ini akan memperkasakan perushaan dan aktiviti perniagaan di negeri tersebut.
Terdapat 3 langkah diterapkan pada dana sokongan ini – di mana ia berupaya membantu pemain industri mengikuti pembukaan ekonomi semula secara berperingkat di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN). Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, ia terdiri daripada;
- Langkah Pertama – kerajaan negeri akan menyalurkan dana kewangan khas sebanyak RM10,00 bagi perniagaan aktif yang berdaftar dengan PERKESO pada 31 Disember 2020, di Sarawak
- Langkah Kedua – Sektor pembuatan akan disokong oleh polisi kerajaan – di mana lanjutan akan diberi selama 60 hari bagi projek tarikh siap dalam lingkungan sekatan PKP
- Langkah Ketiga – Kelonggaran pembaharuan permit pekerjaan kepada pekerja asing disetiap sektor akan dilaksanakan – tindakan itu untuk menjamin ketahanan daya ekonomi
Menerusi ketiga-tiga penerapan ini, ia dijangka tidak hanya membantu sektor ekonomi berkaitan, namun turut meringankan bebanan sekitar 40,000 peniagaan aktif di Sarawak dengan sokongan perbelanjaan langsung dari kerajaan negeri sekitar RM400 juta.
Ini dapat menampung risiko kos operasi yang berterusan, disebabkan sekatan pandemik COVID-19.