Artikel

F&N Raih Untung Bersih RM96.16 Juta Bagi Suku Ketiga – Sasar Perluasan Segmen Pasaran Halal

Disember tahun lalu, umum ketahui Fraser & Neave Holdings (F&N) telah mula mengambilalih entiti Sri Nona Food Industries, Sri Nona Industries dan Lee Shun Hing sauce Industries dengan nilai RM60 juta.

Tindakan tersebut bagi memperkemaskan pengeluaran pasaran produk halalnya.

Kini tindakan itu, mencerminkan hasil pada pendapatan F&N bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 Jun lalu. Di mana, makluman Bursa Malaysia-  pendapatan syarikat telah bertambah kepada RM1.06 bilion daripada RM918.07 juta.

Untuk makluman keuntungan bersih F&N bagi suku ketiga telah meningkat kepada RM96.16 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu sekitar RM93.85 juta.

Ini merangkumi kenaikkan 17.1% bagi segmen makanan dan minuman kepada RM540.2 juta. Hasil musim perayaan, telah mendorong peningkatan jualan. Ia termasuklah jualan produk ketupat di bawah Sri Nona yang turut menyumbang peratus peningkatan.

Tidak hanya peningkatan jualan F&B Malaysia dan Sri Nona, hasil F&N Thailand turut menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan tahunan yang meningkat 6.6% kepada RM3.23 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2020.

Bagaimanapun, entiti kekal berwaspada terhadap situasi kesihatan negara – pelbagai kaedah kini dikaji semula, dari aspek kos, proses, mengoptimum sumber daya dan keperluan penstrukturan semula.

Tindakan tersebut antara ketersediaan F&N dalam memastikan pasaran entiti kekal relevan mengikut keperluan pengguna di Asia Tenggara.