Artikel

Fave Kini Tampil Dengan Sokongan Kod QR DuitNow

Fave kini tampil dengan sokongan kod QR DuitNow bagi memperkasakan penggunaan nirtunai (tanpa tunai) di Malaysia.

Menurut Joel Neoh, Pengasas Fave – pengenalan itu akan membolehkan pengguna hanya menggunakan satu kod QR setiap pembayaran menerusi dompet digital alikasi Fave berserta penyedia yang lain.

Penyertaan Fave bersama DuitNow nyata akan memberi kemudahan kepada pengguna pada pilihan pembayaran. Berdasarkan pengamatan tingkah laku pengguna Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCM) – penggunaan peranti pintar dengan internet mulai meningkat, tahun lalu di paras 88.7%.

Data sedemikian secara langsung meningkatkan potensi penggunaan nirtunai negara.

Ini selari dengan jangkaan peningkatan 3 kali ganda untuk beberapa tahun mendatang dan 100% penggunaan menjelang 2030 kelak.