Artikel

BERNAS Rangka SMART Sawah Skala Besar – Sasar Pengeluaran Hasil Sehingga 60% Semusim

Penerapan digitalisasi tidak hanya memberi kelebihan kepada ekosistem teknologi sahaja, tetapi turut menawarkan peluang penerokaan yang lebih tinggi kepada industri padi dan beras negara.

Kini BERNAS – Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) telah merangka pelan strategik di bawah SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) untuk pemain industri berkaitan.

Pelan ini disasarkan pada kawasan yang memiliki produktiviti rendah dengan anggaran pengeluaran hasil sekitar 40% sehingga 60% untuk satu musim. Di mana pelbagai penggunaan mekanisma teknologi diterapkan. Antaranya pengenalan peranti berhubung (IoT) untuk mewujudkan sistem pertanian yang lebih terancang.

Setakat ini, kawasan yang telah dikenalpasti adalah Batang Lupar-Sarawak, Sungai Batu Pahat-Perlis, Setiu-Terengganu dan Kampung Kulambai-Sabah.

Insiatif di pemantauan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) ini turut selari dengan matlamat negara dalam meningkatkan kadar Tahap Sara Diri beras negara pada paras 75%.

Ia berperanan mengoptimumkan penggunaan sumber, meningkatkan kecekapan dan produktiviti pengeluaran hasil padi negara.

Tidak hanya BERNAS, pelan strategik ini turut menampilkan kerjasama dengan agensi Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Pertanian Negeri, Pertubuhan Peladang Kawasan, KDA, MADA, IADA serta beberapa pihak lain.