Artikel

Persaingan Pasaran Dorong Pelepasan Tropicana Bersama Jenama Jus Lain, Pada Nilai AS$3.3 Bilion – PepsiCo

Tropicana dan Naked kini tidak lagi di bawah pengawasan PepsiCo – apabila peralihan jenama telah mula dilaksanakan kepada firma ekuti Perancis, iaitu PAI PARTNES dengan nilai peralihan RM13.9 bilion (AS$3.3 bilion).

Menerusi penjualan itu, PepsiCo memaklumkan dana tersebut akan diserapkan pada perancangan mengembangkan segmen makanan ringan dan minuman tanpa kalori keluaran entiti.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ramon Laguarta – fokus tersebut lebih menguntungkan kepada pertumbuhan entiti.

Untuk makluman perolehan Tropicana di bawah PepsiCo sebelum ini telah mula berlaku sejak tahun 1998 lagi dengan nilai AS$3.3 bilion sementara Naked Juice pula selama 1 dekad dengan nilai AS$150 juta.

Setakat ini, perniagaan jus menghasilkan pendapatan bersih sekitar AS$3 bilion pada tahun 2020 untuk PepsiCo. Sokongan pemasaran dilihat sukar untuk dilakukan, berikutan terdapat sebilangan besar jenama yang bersaing dalam segmen yang sama.

Bagaimanapun berdasarkan laporan, PepsiCo masih kekal memegang 39% pada peralihan itu dan memiliki had pengedaran eksklusif AS pada jenama.