Artikel

AEON Sasar Perkasa Pendigitalan 100 Usahawan Mikro – Di Bawah PUPUK

Seperti yang dilampirkan di bawah pakej PEMULIH sebelum ini – Program Pemerkasaan Pendigital Usahawan Kecil (Pupuk) akan diterapkan untuk menyokong penyertaan peniaga kecil dalam arena ekonomi digital negara.

Melalui pemerkasaan itu, [email protected] dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyasarkan penerapan latihan secara percuma kepada 100 usahawan mikro di seluruh negara.

Peluang ini secara tidak langsung dapat memanfaatkan ekosistem yang dimiliki pada AEON seperti kemudahan digital, rangkaian logistik , khidmat kewangan melalui AEON Credit Service dan saluran komunikasi.

Untuk makluman peruntukan pada penerapan PUPUK adalah sekitar RM200 juta, di mana pengagihannya RM100 juta terhadap PMKS dan RM100 juta kepada warga PKS. Pemerkasaan ini dijangka akan berterusan sehingga akhir tahun ini, 2021.