Artikel

Grab Sasar Penyenaraian Di AS Pada Suku Keempat 2021 Kelak

Aturan penyenaraian Grab Holdings pada papan pelaburan Amerika Syarikat (AS) dijangka berlaku pada suku keempat tahun 2021 ini.

Setakat ini, aturan SPAC Grab bersama Altimeter Growth itu telah berada di fasa fail draf penyata pendaftaran kepada Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti AS.

Kenyataan itu telah dipaparkan di bawah laporan kewangan Grab bagi suku pertama tahun ini. Di mana, meskipun terdapat kebarangkalian perubahan dan penyata pendaftaran tersebut tidak dikuat kuasakan, namun pertimbangan sedang dilaksanakan oleh pemegang saham AGC.

Pada paparan laporan kewangan suku tahunan – Grab menunjukkan lonjakan pada nilai pedagang kasar (GMV) sekitar 5% untuk tahun-ke-tahun kepada S$3.6 bilion. Ia turut melaporkan kerugian yang lebih rendah untuk suku pertama kerana pandemik meningkatkan permintaan untuk penghantaran makanan.