Kala permintaan bekalan vaksin memaparkan persaingan dalam kalangan negara maju serta negara berpendapatan rendah – kini dilaporkan terdapat peningkatan harga vaksin pada pasaran.
Laporan The Financial Times memaklumkan kenaikkan harga vaksin ini meliputi Pfizer Inc dan Moderna Inc pada kontrak terkini Kesatuan Eropah (EU).
Berdasarkan kenyataan, harga baharu dos Pfizer adalah di paras lebih RM97 (€19.50) berbanding sebelum ini €15.50. Sementara satu dos Moderna pula berharga lebih RM107 (AS$25.50).
Perubahan harga itu bagaimanapun tidak mendapat maklum-balas dari pihak Pfizer susulan kandungan kontrak tersebut masih lagi tidak dipaparkan.
Sekiranya kenaikan harga vaksin ini terus berlaku, ia secara tidak langsung akan memberi kesan pada agihan pembekalan kepada negara berpendapatan rendah. Meskipun terdapat dana sumbangan dan pengenaan subsidi, ia tetap menimbulkan jurang pembekalan vaksin.
Selain itu, pada perkembangan semasa – Suruhanjaya Eropah memaklumkan EU buat masa ini kekal berada pada sasaran yang tetap untuk mencapai fasa vaksinasi, sekurang-kurangnya 70% individu dewasa perolehi suntikan vaksin.