Artikel

Usul Bahas Ordinan Darurat, Boleh Dibawa Pada Sidang Parlimen September Kelak – PM Muhyiddin

Berhubung situasi politik negara ketika ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini (3 Ogos) memaklumkan, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah pada peruntukan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, suatu usul bahas akan dilaksanakan.

Di mana tindakan usul ini akan membahas dan mengungkai (menyelidik) ordinan-ordinan darurat yang berkaitan akanĀ  di bawa pada sidang Parlimen seterusnya. Iaitu yang dijadualkan berlangsung pada September 2021 kelak.

Usul tersebut akan diteliti oleh Jemaah Menteri pada 3 Ogos ini untuk mencapai penyelesaian berkaitan pembatalan Ordinan Darurat. Tindakan makluman ini bertujuan untuk memastikan keharmonian politik dan perlembagaan kekal terjamin.