Artikel

Penerapan DIO Perkasa Ekosistem Pelaburan Digital Malaysia – DS Mustapa

Bagi memastikan landskap pelaburan negara kekal berdaya saing, penubuhan platform Pejabat Pelaburan Digital (DIO) kini menjadi sasaran Malaysia dalam memperkasa usaha tersebut.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, pendekatan DIO ini akan menampilkan usahasama MIDA – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan MDEC- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia untuk mempercepatkan akses pelaburan DIO.

Setakat ini, negara kekal menjadi pilihan pelaburan apabila pada 2020 – jumlah keseluruhan kemasukan pelaburang langsung asing ke Malaysia (FDI) mencatatkan kelulusan RM64.2 bilion.

Untuk merancakkan lagi angka tersebut, peranan digital perlu dipergiatkan pada ekosistem negara untuk mencapai sasaran kemasukan pelaburan digital.

Penerapan DIO dilihat selaras dengan kerangka MyDIGITAL serta Aspirasi Pelaburan Nasional yang digariskan pada Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030). Di mana kerangka ini merangkumi perluasan sektor ekonomi digital seperti hab kewangan Islam, platform atas talian, revolusi industri dan pertanian pintar.

Adanya penerapan digitalisasi pada setiap sektor ekonomi, ini akan menjadi kelebihan buat negara dalam mendorong peningkatan pelaburan digital kelak.