Artikel

Perlis, Labuan Dan Sarawak Akan Beralih Ke Fasa 3 PPN Mulai 4 Ogos Ini – PM Muhyiddin

Setelah peralihan 8 negeri ke fasa kedua di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), kini Perlis, Sarawak dan Labuan tampil selaku kawasan terawal yang beralih ke fasa ketiga.

Perkara itu telah dipersetujui sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada hari ini (2 Ogos). Penguatkuasaan tersebut akan dilaksanakan mulai 4 Ogos ini.

Persetujuan peralihan ini telah diteliti apabila sesebuah negeri memenuhi nilai ambang kes harian, kapasiti unit rawatan rapi (ICU) yang mencukupi dan liputan vaksin lengkap telah melebihi 40%.

Untuk makluman, bagi fasa 3, semua aktiviti ekonomi adalah dibenarkan beroperasi KECUALI aktiviti yang berisiko tinggi dan disenaraikan dalam senarai negatif seperti:

  • Spa
  • Pedicure & Manicure
  • Pub & Kelab Malam
  • Aktiviti sosial

Sementara itu kebenaran lain yang turut diberikan kepada orang awam adalah, orang awam BOLEH:

  • Melaksanakan perjalanan rentas daerah sepanjang fasa 3 manakala pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan
  • Dine-in di restoran dibenarkan terhad kepada 2 orang satu meja dengan mematuhi penjarakan fizikal
  • Bagi pengangkutan awam seperti teksi dan perkhidmatan e-hailing termasuk kenderaan persendirian, jumlah kapasiti ditingkatkan kepada 3 orang termasuk pemandu
  • Pasar-pasar malam, pasar tani, pasar minggu dan pasar tamu juga dibenarkan beroperasi mengikut SOP semasa
  • Salon kecantikan turut dibenarkan beroperasi ketika di fasa 3 dengan mematuhi SOP ketat yang telah ditetapkan
  • Pembukaan sektor pendidikan termasuk sekolah, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran tertakluk kepada Takwim KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta penilaian risiko semasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Kelonggaran diberi kepada orang awam untuk menerima tetamu atau pelawat di kediaman, dengan had 10 orang dalam satu masa
  • Industri kreatif dibenarkan beroperasi, tetapi tanpa penonton
  • Aktiviti pelancongan adalah dibenarkan dengan syarat pelancongan dalam negeri sahaja. Pembukaan tarikan pelancong masih tertakluk kepada penilaian risiko semasa dan SOP yang ketat
Pelan Pemulihan Negara