Bagi meningkatkan sokongan pada lanjutan sistem pembayaran digital negara – India kini melancarkan e-RUPI pada hari ini (2 Ogos). Ia adalah sistem nirtunai berasaskan baucar elektronik dan kod QR yang dikembangkan oleh National Payments Corporation of India (NPCI) yang bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Kewangan, Kementerian Kesihatan & Kesejahteraan Keluarga serta Lembaga Kesihatan Kebangsaan India.
Untuk makluman pelaksanaan e-RUPI telah dilakukan oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi. Pelancaran e-RUPI ini adalah penyelesaian pembayaran digital khusus kepada rakyat negara India. Platform ini akan berlandaskan kepada kaedah kod QR dan melalui pemesejan yang akan dihantar pada telefon pintar kepada pengguna.
Some of the benefits of e-RUPI are:
Cashless and contactless digital payment.
Connects service sponsors and beneficiaries digitally.
Ensures leak-proof delivery of various welfare services.
— Narendra Modi (@narendramodi) August 1, 2021
Ia dapat ditebus di pusat penerimaan tertentu tanpa penggunaan kad kredit atau debit, aplikasi atau perbankan internet. Adanya kemudahan ini, e-RUPI akan berperanan menghubungkan perkhidmatan terlibat secara digital tanpa memerlukan pertemuan fizikal atau melibatkan mana-mana perantara.
Perbezaan utama antara e-RUPI dan aplikasi pembayaran dalam talian yang lain ialah e-RUPI bukan platform atau aplikasi. Ia adalah baucar yang boleh ditebus untuk perkhidmatan tertentu sahaja. Tidak seperti perkhidmatan pembayaran lain, pengguna tidak perlu mempunyai aplikasi pembayaran digital atau bahkan akaun bank untuk menebus baucar ini.
Bagi sektor swasta, pentadbiran India menyarankan sektor tersebut dapat memanfaatkan penerapan baucar digital ini sebagai sebahagaian daripada kesejahteraan pekerja dan tanggungjawab korporat.
Untuk makluman, pelancaran e-RUPI ini akan mula dilaksanakan pada jam 4.30 petang, waktu tempatan India pad sidang maya. Berdasarkan perkongsian, antara insitut perbankan yang terlibat pada penyelesaian ini adalah State Bank of India, HDFC, Axis, Punjab National Bank, Bank of Baroda, Canara Bank, IndusInd Bank dan ICICI Bank.