Artikel

Penangguhan Parlimen Dilihat Bercanggah – Adakah Ia Tidak Penting Seperti Sektor Ekonomi Perlu?

Badan pemikir progresif, Research for Social Advancement (REFSA), menyatakan kebimbangan mengenai penangguhan mesyuarat khas itu Dewan Rakyat dijadualkan pada hari ini, 2 Ogos 2021. Walaupun kerajaan telah berulang kali mengingatkan rakyat Malaysia untuk mengubah corak pemikiran untuk hidup bersama COVID-19, namun tindakan menutup parlimen bercanggah dengan matlamat kerajaan untuk menerapkan amalan ‘Norma Baharu’.

Di mana REFSA melihat – seharusnya pentadbiran negara berbuat tindakan yang sama seperti digariskan pada pembukaan sektor ekonomi perlu,berkepentingan. Ini kerana penangguhan sidang akan menimbulkan keraguan serta ketidakpercayaan orang awam terhadap kredibiliti pentadbiran negara.

Tindakan itu harusla bertepatan mengikut Artikel 43 (3) Perlembagaan Persekutuan dan titah DYMM Yang di-Pertuan Agong agar parlimen membahaskan Ordinan Darurat. Keengganan ini sekadar menggambarkan pentadbiran negara seolah-olah telah kehilangan legitimasi dan kepercayaan Dewan Rakyat.

Menurut Fakhrurrazi Rashid, Koordinator Penyelidik, Research for Social Advancement (REFSA), menerusi agenda sidang Parlimen ini, ia berupaya mengetengahkan isu permasalahan kesihatan, ekonomi dan keperluan rakyat. Tindakan itu dapat merangka penyelesaian jangka masa panjang yang lebih seimbang menerusi pendekatan perbincangan semua pihak. Malah sesi penambahbaikan turut dapat dibentuk menerusi sidang ini. Namun penangguhan mesyuarat khas itu dilihat telah melenyapkan peluang wakil rakyat untuk menilai, meneliti dan menyemak kembali akan pengukuhan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan penawaran 8 pakej rangsangan ekonomi sebelum ini.

Pentadbiran negara seharusnya meneruskan sesi parlimen khas seperti yang dijadualkan untuk membincangkan isu-isu dasar dan pemansuhan Ordinan Darurat. Mesyuarat khas Dewan Negara yang akan berlangsung selama tiga hari, bermula pada 3 Ogos 2021, perlu dilaksanakan agar dasar kerajaan dalam menangani pandemik dan ekonomi dapat dikaji dan diperbaiki oleh Dewan Negara. REFSA juga menekankan pentingnya peranan kabinet untuk memberikan maklumat mengenai dasar kerajaan kepada Jawatankuasa Pilihan (JPK). Kerjasama dengan sembilan JPK sangat penting untuk meneliti
pelaksanaan dasar kerajaan agar ia benar-benar mempertimbangkan pandangan semua pihak dan memberikan kesan positif kepada rakyat.

REFSA turut melihat kewajaran pelaksanaan Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada 6 September 2021 kelak perlu dibawa ke hadapan, agar parlimen dapat membahas dan meneliti dasar lebih awal dalam mengatasi isu kesihatan, pengangguran, dan kos sara hidup yang dihadapi rakyat.

Ia juga dapat mempercepatkan perbahasan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang sudah tertangguh melebihi setahun.

Seharusnya pentadbiran negara perlu melihat parlimen sebagai rakan strategik dan membina kerjasama dua pihak untuk membina semula keyakinan rakyat dan hala tuju negara dalam fasa pemulihan. Rakyat Malaysia berhak mempunyai pentadbiran yang bertanggungjawab dan dapat bekerjasama dengan parlimen pada masa yang sukar ini.