Artikel

Prestasi Sektor Pembuatan Negara Terjejas – Pemintaan, Pengeluaran Lebih Rendah Setakat Julai 2021

Kemunculan varian baharu dan peningkatan kes positif harian COVID-19 Malaysia nyata memberi kesan yang mendalam pada sektor pembuatan tempatan, kemerosotan secara berterusan.

Ini dapat diperlihatkan pada data IHS Markit di bawah tinjauan Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan (PMI).

Berdasarkan pemerhatian, pengeluaran sektor ini telah merundum secara mendadak pada Jun dan Julai 2021. Peningkatan kes telah menjejaskan permintaan serta rantaian bekalan pengeluaran.

Di mana, permintaan domestik dan tempahan eksport telah merosot mulai awal suku ketiga. Bagaimanapun prestasi pembuatan dilihat mula mendatar pada rekod Julai ini, dengan paras prestasi kini menunjukkan sedikit peningkatan kepada 40.1 mata daripada 39.9 mata pada Jun lalu.

Tidak hanya pandemik, tambahan sekatan negara turut memikul tanggungjawab dari aspek mengurangkan kepercayaan pemain idustri bagi permintaan domestik dan antarabangsa.