Artikel

SIRIM Sedia Sertai Pembangunan Vaksin Tempatan – Sasar Kualiti Bertaraf Antarabangsa

Memahami keperluan vaksin yang memerlukan pelbagai kerjasama dari semua pihak – untuk memastikan penghasilannya mencapai standard antarabangsa, SIRIM kini menyatakan ketersediaannya pada pembangunan vaksin tempatan Malaysia.

Berdasarkan kenyataan minggu ini, SIRIM akan berkerjasama dengan beberapa institusi tempatan pada kajian di peringkat awal pembangunan vaksin negara.

Ini meliputi agenda pengujian vaksin yang dibangunkan oleh Institut Kajian Perubatan Kementerian Kesihatan (IMR), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Insituti Veterinar Ipoh.

Menerusi penyertaan SIRIM ia sedia memainkan tanggungjawab untuk memastikan ketersediaan proses mematuhi kriteria antarabangsa – dari segmen keberkesanan, fasa pembuatan dan aspek keselamatan.

Setakat ini, SIRIM telah melaksanakan perbincangan dengan pihak IMR, bagi turut menyumbang pada pembangunanvaksin di peringkat pra-klinikal sebelum ujian klinikal dan peringkat pilot penghasilan vaksin.

Untuk makluman, SIRIM memiliki kelengkapan bagi pengujian vaksin negara – di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Perindustrian Pengurusan (IBRC). Fasiliti itu memenuhi kriteria makmal ujian yang diperlukan oleh NPRA – Bahagian Regulatori Farmasi Negara.

Menerusi kerjasama semua pihak, ini akan memacu pertumbuhan pembangunan penyelidikan negara. Tidak hanya pembangunan vaksinasi tempatan bahkan eksosistem penyelidikan lain.