Artikel

Agong Isytihar Proklamasi Darurat Bagi Negeri Sarawak Dilanjutkan – Sehingga 2 Februari 2022

Sarawak kini akan meneruskan lanjutan Proklamasi Darurat sehingga 2 Februari 2022. Kenyataan ini telah dipersetujui Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Persetujuan ini telah dilakukan pada Khamis lalu dan diterbitkan dalam warta kerajaan pada Jumaat, 30 Julai.

Seperti yang umum ketahui, seharusnya Proklamasi Darurat akan ditamatkan pada 1 Ogos, namun lanjutan ini akan membawa erti penggantungan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, untuk mengelakkan dari berlaku penularan COVID-19.

Bagaimanapun proklamasi ini akan dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu – berdasarkan peruntukan Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.