Artikel

Boost Tawar Akses Mudah Kepada Isi Rumah – Menerusi Ciri Pembayaran Bil Bulanan Automatik

Melihat nilai transaksi kasar (GTV) bagi pembayaran bil meningkat 40% pada aplikasi, penyedia dompet digital Boost kini tampil telah memperkenalkan tiga ciri pembayaran bil baharu kepada pengguna negara – untuk memudahkan akses pembayaran bil melalui aplikasi.

Penyertaan ciri baharu ini merangkumi ciri AutoBills, MultiBills dan ViewBills boleh didapati dalam satu platform terpusat dalam aplikasi Boost.

Menerusi ciri AutoBills membolehkan penetapan pembayaran bulanan secara automatik oleh pengguna, sementara MultiBills pula membolehkan pengguna membayar pelbagai bil dalam satu masa. Manakala ciri ViewBills pula adalah segmen yang mengabungkan semua senarai bil yang didaftarkan di bawah nombor akaun pada aplikasi Boost. Ciri ini akan membantu pengguna mengesahkan bayaran bil serta perincian lanjut berhubung butiran penyata bil yang tertunggak.

Ciri sedemikian memudahkan pengguna meneliti butiran, menyelenggara kaedah dan melunaskan pembayaran bil dalam tempoh yang cepat.

Berdasarkan kenyataan, setakat ini Boost memiliki lebih dari 50 penyertaan syarikat berkaitan bayaran bil. Antara kategori yang terlibat adalah bil air, elektrik, prabayar telekomunikasi, dan internet.