Artikel

Malaysia, Korea Selatan – Umum Kerjasama Perkasa Ekonomi Melalui Pasaran Industri Halal

Keterampilan Malaysia pada industri halal bukan lagi suatu perkara yang asing. Meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi, namun kedudukan industri halal negara kekal memaparkan kemampanan. Kini pengukuhan itu akan diperluaskan bersama ekonomi halal Korea Selatan.

Halal Development Corporation Berhad (HDC), agensi di bawah MITI kini telah melaksanakan perjanjian persefahaman bersama Institusi Industri Halal Korea (KIHI) bagi mengembangkan penawaran khidmat dan pengeluaran produk halal secara bersama.

Pendekatan kerjasama telah dipertontonkan pada sidang maya, bersempena penyertaan HDC pada segmen Seoul Food & Hotel 2021.

Langkah ini akan memperlihatkan penghasilan sekitar 100 tenaga industri halal yang bakal memberi sumbangan dari aspek kepakaran dan nilai tambah kepada industri halal di Korea Selatan.

Selain itu, kolaborasi ini juga memberi manfaat kepada 120 syarikat Korea Selatan bagi perolehan hak istimewa pensijilan Perkhidmatan Hospitaliti Mesra Muslim (MFHS) dan akan tampil selaku rakan niaga bersama syarikat Malaysia kelak.

Antara lain sasaran yang turut disasarkan berlaku adalah membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam industri, dengan penyertaan 170 syarikat Korea bagi tempoh 2 tahun. Usahasama ini dapat memberi galakan dari segi penerapan dan penghasilan sijil halal serta pengiktirafan MHFS pada perkhidmatan, pengeluaran produk.

Khususnya kemudahan kepada pengguna yang beragama Islam yang berkunjung ke negara-negara bukan Islam seperti China, Korea Selatan dan Jepun. Pemintaan tersebut memaparkan peningkatan yang sangat tinggi.