Artikel

PKS Mikro Rugi RM40.7 Bilion, Terus Berdepan Risiko Aliran Tunai – MEDAC

Ketidaktentuan ekonomi ketika ini, menuntut semua pihak berdepan dengan risiko kerugian. Termasuklah sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan mikro negara – yang telah menanggung kerugian RM40.7 bilion pada tahun lalu, disebabkan pandemik.

Ini meliputi tempoh sekatan tambahan yang telah dilaksanakan sejak tahun lalu.

Pemantauan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melihat sekitar 1.15 juta PKS, usahawan mikro yang berdaftar telah mengalami penurunan pendapatan. Secara purata, setiap syarikat PKS Mikro ini menanggung penurunan pendapatan pada paras RM35,000 bagi tahun lalu.

Jika situasi ini berterusan, ia akan memberi impak pada nilai eksport dan KDNK negara.

Maka, usul pembukaan perniagaan perlu disegerakan untuk membantu pertumbuhan dan aliran negara. Bagaimanapun pembukaan ekonomi ini perlu disesuaikan dengan penetapan SOP yang lebih ketatkan digariskan.

Tindakan sedemikian telah dikemukakan kepada pihak berkaitan untuk dipertimbangkan. Ini adalah cadangan membantu sektor PKS Mikro bagi jangka masa panjang.