Artikel

IPO Syarikat Di Asia Tenggara Kini Cecah RM20.7 Bilion – Bagi Separuh Pertama 2021

Tawaran permulaan awam atau IPO kini, antara saluran pasaran yang mempamerkan persaingan rancak bagi papan pelaburan dalam kalangan entiti di Asia Tenggara.

Melalui data pasaran modal ekuiti Bloomberg, syarikat-syarikat di Asia Tenggara kini telah mengumpulkan nilai sekitar RM20.7 bilion (AS$4.9 bilion).

Angka ini dilihat mengalami lonjakan 50% berbanding data tempoh yang sama pada tahun 2019. Setakat ini, bagi separuh pertama 2021 – Indonesia telah mendahului angka penyertaan 23 syarikat, menyenaraikan saham di papan pelaburan Bursa Saham Indonesia.

Penyenaraian terbesar telah didominasi oleh IPO Bukalapak, pada nilai AS$1.5 bilion. Ia akan dilakasnakan pada bulan ini.

Sementara Thailand pula mendahului dengan jumlah IPO terkumpul, pada nilai RM11.8 bilion (AS$2.8 bilion). Ini menyumbang kepada 57% daripada jumlah penawaran Asia Tenggara. Diikuti Filipina (RM5.5 bilion) dan Indonesia (RM2.1 bilion).

Data juga turut menunjukkan antara 3 sektor teratas yang menjadi pilihan pada pengumpulan dana menerusi IPO adalah kewangan, makanan dan perkhidmatan minyak dan gas (O&G).