Artikel

Kerajaan Usul Longgarkan Peraturan Had Hutang Negara – Tengku Zafrul

Bagi menyokong pelan pemulihan ekonomi negara, usul melonggarkan peraturan had hutang  akan dicadangkan mengikut kemampuan had negara.

Tindakan sedemikian berupaya membantu aliran fiskal yang terhad. Tengku Zafrul merangkap Menteri Kewangan pada sidang mesyuarat khas Parlimen pagi ini, telah menyatakan – pentadbiran negara tidak memiliki pilihan selain mengoptimumkan sumber pembiayaan sedia ada menerusi rasionalisasi perbelanjaan, peningkatan hasil daripada ekosistem kerajaan.

Ia merangkumi penggunaan Kumpulan Wang amanah Negara (KWAN) serta bersedia meningkatkan had siling Kumpulan Wang COVID-19 (KWC).

Untuk makluman, kelonggaran had hutang negara itu akan diketengahkan pada persidangan Dewan Rakyat bagi penggal akan datang.