Setelah lebih setahun – negara melalui fasa pandemik COVID-19, terdapat pelbagai inisiatif dan pakej rangsangan telah dilaksanakan Malaysia, ini meliputi penyediaan 8 pakej rangsangan ekonomi yang membawa jumlah perbelanjaan sekitar RM530 bilion.
Menurut Tengku Zafrul, Menteri Kewangan (MOF) sekitar 22.7% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu telah diperuntukkan untuk depani pandemik COVID-19 – ia bersamaan dengan nilai RM305 bilion. Kadar ini dilihat lebih besar berbanding peruntukan dari beberapa negara maju – seperti Korea Selatan, Indonesia dan Amerika Syarikat (AS).
Meskipun kadar itu tinggi, Tengku Zafrul pada penerangan Pakej Bantuan Ekonomi di mesyuarat khas Parlimen hari ini (29 Julai) beliau turut akui, terdapat pelbagai ruang untuk penambahbaikan dan diperbaiki dari aspek bantuan kepada orang awam.
Untuk makluman, antara pakej yang membabitkan tahun 2020, adalah berikut:
- Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) – RM250 bilion
- Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) – RM9 bilion
- Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) – RM15 bilion
- Program Strategi Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) – RM20 bilion