Artikel

Malaysia Salur RM15 Juta, Bangunkan Program Pemantauan Tahap Antibodi Penerima Vaksin COVID-19

Buat masa ini pentadbiran negara tidak menyarankan pelaksanaan ujian antibodi terhadap penerima vaksin COVID-19 untuk menilai tahap imuniti. Ini kerana pihaknya di bawah Institut Penyelidikan Perubatan Kementerian Kesihatan, telah merancang dan membangunkan Program Antibody Immunal Surveilance – bagi melihat tahap antibodi penerima vaksin COVID-19.

Langkah kajian ini menurut Menteri Penyelaras PICK – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin ia bertujuan memantau tahap antibodi dan neutralizing antibodi dalam kalangan penerima vaksin.

Ia penting, di mana dapat menentu tahap tindak-balas sel T dan antibodi air liur terhadap SARS-CoV-2 pada tempoh berlainan selama 3 bulan.

Pada sidang mesyuarat khas Parlimen semalam (28 Julai), Khairy turut memaklumkan satu polisi ujian antibodi akan dibangunkan negara, berdasarkan penyelidikan yang sedang dijalankan – masih belum ada garis panduan berhubung ujian terbabit.

Ujian antibodi ketika ini tidak disarankan, selari dengan kenyataan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA), Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS yang memaklumkan ia tidak boleh digunakan untuk melihat tahap imuniti atau perlindungan individu daripada COVID-19.