Artikel

Bursa Malaysia Rekod Peningkatan Keuntungan Bersih – Sekitar RM88.97 Juta, Naik 3.2%

Bursa Malaysia Berhad hari ini (28 Julai) berkongsikan data Keuntungan Selepas Cukai (PAT) bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2021 diparas RM88.97 juta. Ini memparkan lonjakan 3.2% berbanding catatan tahun lalu.

Peningkatan ini turut memberi kesan pada perolehan pendapatan berjumlah RM196.1 juta.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bursa, Datuk Muhamad Umar Swift – pelaburan domestik jelas memainkan peranan penting pada pasaran dagangan. Malah kenaikan ini juga turut disokong berdasarkan persekitaran ekonomi yang menetapkan kadar faedah rendah. Selain itu, peningkatan PAt turut didorong pendapatan operasi yang tinggi bagi separuh pertama 2021 – yang berkembang kepada 31%.

Melihat pada pengukuhan prestasi ini, Bursa Malaysia telah menyalurkan dana RM3 juta kepada sistem kesihatan seperti hospital, untuk penyediaan kelengkapan rawatan COVID-19. Dana ini adalah tambahan kepada peruntukan RM3.1 juta di bawah Yayasan Bursa Malaysia bagi bantuan pandemik.