Artikel

Kewangan Malaysia Masih Kukuh, Berupaya Sedia Dana Tambahan Depani Ketidaktentuan Ekonomi – MOF

Terdapat pelbagai spekulasi berhubung kedudukan kewangan negara ketika ini – namun bahagian Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan (MOF) melihat tanggapan itu tidak benar sama sekali.

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) MOF, Zakiah Jaafar pada temubual Manisfm – kedudukan negara ketika ini masih kukuh dan berupaya menyediakan keperluan bantuan tambahan. Namun pertimbangan berkaitan beberapa aspek akan dilaksanakan.

Ia meliputi pertimbangan keutamaan perbelajaan, kawalan aliran tunai serta meningkatkan pinjaman sekirany perlu di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Malah, turut diperjelaskan setakat ini, kerajaan tidak dibebani dengan pelaksanaan pakej rangsangan semasa, masih mampu menyalurkan dana tambahan sekiranya sekatan berlanjutan.