Isu kebajikan dalam kalangan petugas perubatan negara bukanlah suatu isu yang baharu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham melihat perihal ini perlu diteliti dari semasa ke semasa menerusi kaedah rundingan.
Berdasarkan laporan hari ini (28 Julai), DG Noor Hisham menyatakan penelitian pindaan Akta Pencen harus diteliti semula oleh pasukan petugas khas yang dikelola Persatuan Perubatan (MMA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tindakan sedemikian, berupaya membolehkan pengambilan ke jawatan tetap dapat dilakukan menerusi pilihan caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam tempoh 2 tahun, untuk semua lanjutan kontrak yang diberi kepada 23,000 doktor.
Sokongan Ahli Parlimen berhubung penelitian ini harus dilakukan secara menyeluruh. Menurut DG Noor Hisham, sementara menanti pindaan, para petugas kontrak mampu meneruskan penggajian mereka di peringkat Sarjana.
Sekiranya usul tersebut perolehi sokongan, dalam tempoh 2 tahun atau kurang, petugas kontrak yang berkaitan akan diserap ke jawatan tetap dibawah skim KWSP.