Artikel

Starbucks Alami Peningkatan Jualan Suku Tahunan – Perolehan Global Melonjak 78%

Sekiranya tahun lalu, Starbucks mengalami penyusutan pada segmen jualan. Kini peningkatan operasi mula diperlihatkan – apabila pendapatan global telah melonjak 78%.

Peningkatan ini membawa kepada perolehan menyeluruh dengan jumlah RM31.72 bilion (AS$7.5 bilion). Angka ini lebih baik dan meningkat, berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu iaitu di paras RM17.8 bilion (AS$4.2 bilion).

Terdapat beberapa aspek yang mendorong penyusutan Starbucks pada tahun lalu – antaranya kerugian  meliputi kos operasi tambahan serta kebajikan tenaga kerja.

Meskipun Starbucks berdepan isu perolehan bekalan pada awal Jun lalu, dibeberapa buah cawangan namun ia tidak menidakkan peningkatan permintaan yang diterima pengguna.

Berdasarkan pemerhatian, jualan cawangan Amerika Syarikat (AS) telah memaparkan peningkatan 83% dalam tempoh 3 bulan, sejak Jun lalu. Maka ramalan pertumbuhan untuk cawangan AS dijangka akan terus meningkat sehingga 25% pada akhir September kelak.