Artikel

Sasaran Kadar Pertumbuhan 2021, Malaysia Dan Negara Membangun Lain Kekal Rendah – IMF

Semua negara ketika ini sedang mempergiatkan usaha, mengimbangi pemulihan ekonomi mereka. Termasuklah negara sedang membangun dan negara berpendapatan rendah. Bagaimanapun, sasaran pertumbuhan buat masa ini untuk kategori kedua negara tersebut, masih lagi rendah.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ketika ini, masih mengekalkan sasaran pertumbuhan global di paras 6%. Ini merangkumi negara-negara maju, seperti Amerika Syarikat bagi tahun 2021 sekitar 7%.

Terdapat 2 aspek berhubung jangkaan pertumbuhan KDNK ini, iaitu akses perolehan vaksinasi COVID-19 dan sokongan fiskal berterusan untuk ekonomi sesebuah negara.

Berdasarkan aspek ini, IMF melihat negara sedang membangun dan berpendapatan rendah mengalami kesulitan berhubung isu ini, tidak terkecuali Malaysia.

Setakat ini, hampir 40% populsi penduduk di negara maju telah divaksinasi sepenuhnya berbanding 11% di negara sedang membangun, dan sebahagian kecil peratusan pula adalah negara berpendapatan rendah.

Selain Malaysia, negara jiran Indonesi, Filipina dan Vietnam juga turut disasarkan mengalami prospek pertumbuhan rendah berikutan penularan COVID-19 yang semakin meningkat. Situasi ini menjadikan aspek pemerkasaan vaksinasi wajar disegerakan.