Seperti yang umum ketahui, mulai Ogos, penjualan vaksin secara pasaran terbuka akan dilakukan. Situasi ini menuntut PAC -Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara mencadangkan penetapan harga siling vaksin Sinovac pada pasaran perlu dilaksanakan oleh kerajaan.
Tindakan itu bagi memastikan pemasaran harga vaksin tidak membebankan rakyat negara, ia perlu berpatutan. Pelaksanaan tersebut harus dilakukan pada kadar segera.
Menurut Pengerusi PAC – Wong Kah Woh, penetapan harga siling ini merangkumi kos yang dikenakan oleh klinik serta hospital swasta.
Untuk makluman, sekitar 12 juta dos vaksin Sinovac akan dijual oleh Pharmaniaga Bhd kepada syarikat swasta dan negeri yang berminat pada bulan Ogos sehingga September.