Artikel

Korea Selatan, Korea Utara Beri Isyarat Pemulihan Komunikasi – Dijangka Beri Manfaat Dasar Domestik

Korea Selatan bersama Korea Utara kini mulai memberi gambaran awal berhubung pemulihan komunikasi antara kedua-dua buah negara.

Makluman ini pada laporan AFP, dilihat bertujuan memperbaiki hubungan diplomatik – setelah lebih setahun kedua pihak memaparkan hubungan dingin.

Pemulihan komunikasi di antara Kim Jong-un Pemimpin Korea Utara dan Presiden Korea Selatan Moon Jae-In diperkatakan telah mula berlangsung sejak April tahun ini. Menerusi makluman itu, kumpulan pemerhati berpendapat ini adalah isyarat awal Jong-un bagi rundingan bersama pihak Washington.

Malah agenda pemulihan ini turut disasarkan dapat memberi manfaat kepada dasar domestik, luar negeri dan politik kepada Korea Utara dan Korea Selatan.