Pastinya persaingan dalam menempatkan diri selaku tenaga kerja di Malaysia ketika ini, semakin mencabar. Khususnya bagi kumpulan siswazah.
Menerusi perkongsian rekod Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), tahun lalu menunjukkan seramai 202,400 siswazah telah diklasifikasikan menganggur. Kadar pengangguran ini meningkat 4.4% berbanding tahun 2019 yang berada di paras pengangguran 165,200 siswazah.
Aspek utama yang mendorong kepada peningkatan itu disebabkan ketidaktentuan ekonomi, kesihatan dan halangan penawaran pada pasaran tenaga buruh negara. Namun meskipun begitu, kadar penyertaan tenaga buruh siswazah (KTBS) kekal memaparkan peningkatan 1.5 mata kepada 85% bagi tahun 2020 dengan jumlah yang berkerja secara keseluruhan adalah 4,555,500 juta tenaga.
Selain itu berdasarkan data DOSM, turut dinyatakan sekitar 800,9000 siswazah dikelaskan sebagai Luar Tenaga Buruh. Ini membawa erti mereka adalah penduduk yang tidak dikelaskan sebagai bekerja atau menganggur – ini termasuklah kategori suri rumah, pelajar (termasuk mereka yang akan melanjutkan pelajaran), mereka yang telah bersara atau tidak berkeupayaan dan mereka yang tidak berminat untuk mencari pekerjaan.