Artikel

ECERDC Tarik RM2.7 Bilion Pelaburan Ke Terengganu – Sasar Perluas Rantaian Antarabangsa

Setakat akhir Jun ini, kemasukan nilai pelaburan Terengganu menerusi inisiatif strategik dilihat cukup membrangsangkan, di mana nilai pelaburan kini di paras RM2.7 bilion.

Angka ini semakin menghampiri sasaran kemasukan pelaburan bagi 2021 Terengganu, iaitu RM3.9 bilion.

ECERDC, atau Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur melihat wujudnya kemasukan pelaburan berterusan – mampu mencapai sasaran Terengganu pada pembangunan sekitar 3,040 peluang pekerjaan serta mencetuskan 214 peluang keusahawanan baharu.

Antara faktor menjadikan inisiatif strategik Terengganu memiliki potensi pelaburan adalah pembangunan Kuala Terengganu City Center (KTCC), Taman Biopolimer Kerteh, agrofood@ECER, tenaga bio, serta sektor minyak, gas dan petrokimia (OGP).

Menerusi penerapan perluasan pelaburan ini, ia tidak hanya membantu negara meningkatkan kadar pertumbuhan tetapi turut membuka lebih ruang untuk meneroka pada pasaran antarabangsa.