Penggunaan dron kini tidak hanya tertumpu kepada foto mahupun rakaman video, namun mulai divariasikan pada penerapan pembangunan penghantaran, pertanian serta bahagian penyelenggaraan. Kini, peranti teknologi tersebut dilihat mampu berperanan selaku sokongan pemerhatian kepada pihak penguatkuasaan.
Kerajaan negara ketika ini dilaporkan telah meluluskan cadangan perolehan 16 unit dron VTOL untuk keperluan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menerusi persetujuan itu, dianggarkan nilai siling sehingga RM48 juta.
Menurut Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Sahabudin Abd Manan – anggaran tersebut meliputi tinjauan harga pasaran dron dan tertumpu ada spesifikasi terkini, yang bersesuaian tugas teknikal serta pemerhatian.
Perolehan 16 unit dron ini akan berfungsi padatugasan melibatkan pemantauan serta pencegahan ancaman di kawasan sempadan, bagi usaha tangani kegiatan pencerobohan, penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.
Perolehan ini akan dikendalikan oleh Pasukan Operasi Udara bagi meningkatkan tahap keselamatan, khususnya di sempadan Malaysia.
Untuk makluman, dron VTOL (Vertical Take-Off and Landing) adalah peranti tanpa pemandu mempunyai kemampuan untuk berlepas, terbang dan mendarat secara menegak serta berlegar di sesebuah kawasan. Ia memiliki reka bentuk seakan helikopter atau mungkin mempunyai reka bentuk multirotor yang menggabungkan empat atau lebih kipas.