Walaupun segmen media mengalami penurunan dari aspek pendapatan pengiklanan (adex) untuk saluran alternatif seperti pawagam, merosot sehingga 83%. Namun masih terdapat beberapa platform yang membantu sektor ini.
Antaranya adalah adex bagi saluran televisyen siaran percuma.
Berdasarkan tinjauan Kenanga Investment Bank Research – situasi ini dapat meningkatkan paras adex, berikutan tempoh sekatan berlarutan dan sokongan siaran temasya Olimpik Tokyo 2020.
Setakat ini jumlah adex pada pengamatan Nielsen untuk separuh pertama telah berkembang 20%, kepada RM2.8 bilion. Sementara adex untuk televisyen siaran percuma melonjak 55%, kepada RM1.6 bilion.
Melihat situasi ini, platform televisyen tradisional masih kekal relevan untuk pemasaran pengiklanan kepada paparan pelanggan.
Lebih menarik, menerusi peningkatan adex televisyen siaran percuma ini, ia nyata mencetuskan keuntungan kepada Media Prima Bhd. Ini kerana, penguasaan Media Prima pada pasaran siaran televisyen percuma adalah kitaran 75%.
Situasi ini akan memberi keuntungan kepada entiti, tambahan pula penjenamaan NTV7 kepada Didik TV turut akan menyokong peningkatan pertumbuhan adex Media Prima.