Artikel

Kerajaan Jangka Kebanyakan Negeri Akan Beralih Ke Fasa 4 PPN – Seawal Oktober

Menyedari pemerkasaan kadar vaksinasi negara yang semakin rancak – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat sebahagian negeri dijangka akan beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara, seawal Oktober ini.

Ini bermakna negeri yang terlibat berupaya memenuhi 3 indikator yang telah ditetapkan di bawah PPN. Iaitu nilai ambang purata kes harian COVID-19 adalah 500 kes, penggunaan katil di wad ICU pula di paras mencukupi dan kadar vaksinasi telah mencecah 60% populasi mengikut penduduk di negeri.

Menerusi jangkaan ini, ia secara tidak langsung memberi gambaran awal bahawa pembukaan ekonomi bagi negeri terlibat, mampu dibuka lebih awal dan kembali menjalani kehidupan normal.

Bagaimanapun, kenyataan PM Muhyiddin ini tidak dinyatakan terperinci berhubung senarai negeri yang berpotensi terlibat. Untuk makluman, setakat ini 8 buah negeri telah mula beralih ke Fasa Kedua PPN, ianya adalah:

  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perak
  • Perlis
  • Pahang
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Sarawak

Pelan Pemulihan Negara