Artikel

Malaysia, Indonesia – Rancang Kesepakatan MoU Berhubung Pengambilan Dan Perlindungan PDI

Malaysia bersama negara jiran, Indonesia ketika ini telah merancang untuk mengadakan MKKT – Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal bagi mencapai persetujuan memuktamadkan memorandum persefahaman (MoU) untuk pengambilan dan perlindungan pekerja pekhidmat domestik Indonesia (PDI).

Kenyataan itu telah dimaklumkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada minggu ini. Berdasarkan laporan, persetujuan tersebut turut melibatkan wakil Kementerian Luar Negeri (KLN) serta, Kementerian Ketenagakerjaan, Badan Perlindungan Pekerja Migran Indonesia dan KLN Indonesia.

Antara perkara yang diperlihat adalah mencetuskan satu sistem secara bersama – di mana aspek ini dapat memberi pendekatan yang lebih baik, pada aturan kemasukan pekerja domestik Indonesia dan beberapa aspek gaji dan pemeriksaan kebajikan turut akan dipertingkatkan.

Untuk makluman, Februari lalu perbincangan awal telah dilaksanakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Presiden Indonesia Joko Widodo dan kini kesepakatan itu dipercepatkan bagi memenuhi keperluan pengambilan PDI di Malaysia.