Artikel

Pelan Pemulihan Negara Dibentang Mulai Hari Ini – Pada Sidang Khas Dewan Rakyat

Seperti yang umum ketahui sidang khas Dewan Rakyat akan berlangsung pada pagi ini, jam 10 pagi. Menerusi persidangan ini, ia akan menampilkan beberapa agenda penting negara berhubung situasi semasa.

Antaranya adalah pembentangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang akan dilaksanakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tidak hanya itu, berdasarkan Aturan Urutan Mesyuarat, persidangan ini akan turut memperlihatkan perincian lanjutan dari Menteri Kesihatan negara (KKM) Datuk Seri Dr Adham Baba berhubung situasi semasa  pandemik COVID-19.

Perincian itu meliputi kaedah menangani dan menurunkan keluk penularan.

Manakala, Khairy Jamaluddin – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pula akan memberi penerangan berhubung fasa vaksinasi dan Tengku Zafrul, Menteri Kewangan (MOF) akan memperincikan berkenaan pakej rangsangan.

Sementara Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri pula akan membentangkan isu darurat pada akhir persidangan di sidang khas kelak.

Melihat situasi ini, ia akan menjadi suatu tumpuan utama rakyat negara pada sidang khas DR selama 5 hari ini. Bagi mengetahui lanjutan perbincangan berhubung situasi semasa negara – merangkumi aspek kesihatan, sosial dan ekonomi.