Artikel

Sektor Pembuatan Negara Miliki Kualiti Tersendiri, Kekal Menjadi Pilihan Utama Asia – Laporan

Sektor dan perkhidmatan Malaysia dilihat kekal berpotensi menjadi pilihan destinasi dalam kalangan negara Asia.

Pemantauan Knight Frank Malaysia, agensi perunding hartanah itu melihat sektor tersebut memiliki nilai tersendiri, dan tinggi untuk kekal menjadi pilihan pilihan Asia. Berdasarkan rekod, negara telah mencatatkan kelulusan pelaburan pada sektor terbabit bernilai RM80.6 bilion, untuk suku pertama 2021.

Ia adalah lonjakan 95.6% berbanding angka tahun lalu, pada tempoh yang sama.

Menurut Judy Ong, Pengarah Eksekutif Penyelidian dan Perundingan – situasi semasa turut membantu sektor, perkhidmatan pembuatan diperkasakan platform e-dagang, serta pasaran hartanah turut berada di prestasi baik.

Meskipun kedudukan prestasi ketika ini baik, namun kesan penurunan boleh berlaku disebabkan peningkatan kes positif di Malaysia ketika ini. Berkemungkinan ia akan menjejaskan prestasi separuh kedua 2021.

Antara sektor pembuatan yang dijangka memiliki peningkatan permintaan adalah sektor elektrik dan elektronik (E&E) yang didorong oleh kekurangan semikonduktor global dan juga pelancaran rangkaian 5G kelak.

Pertumbuhan indeks utama sektor E&E dijangka akan dipelopori berdasarkan output pembuatan, eksport, dan juga penjualan produk pembuatan. Pemerkasaan digitalisasi seperti permintaan global semikonduktor, solar, IoT, AI dan penggunaan peranti pintar turut akan mencetuskan peningkatan pertumbuhan negara dan di peringkat serantau.