Tindakan menangani penularan varian Delta yang semakin meruncing ketika ini, Filipina pada hari ini (23 Julai) memaklumkan sekatan kemasukan pengunjung dari Malaysia dan Thailand mulai 25 Julai, Ahad ini.
Kenyataan itu telah dikongsikan oleh wakil Presiden Filipina, Harry Roque. Selain itu sekatan turut diperketatkan kepada pergerakan di kawasan Manila.
Setakat ini Filipina adalah negara yang memiliki jumlah kes 1.53 juta jangkitan dan hampir 27,000 kematian telah dicatatkan disebabkan pandemik COVID-19. Menjadikan negara tersebut kedua tertinggi di Asia Tenggara, setelah Indonesia.
Tindakan sekatan ini bukanlah perkara baharu dilaksanakan negara tersebut – apabila sebelum ini Filipina telah melakukan sekatan ke atas 8 buah negara, merangkumi Indonesia dan India.
Langkah sedemikian akan membantu Filipina mengurangkan kadar penularan, yang ketika ini mencatatkan 47 kes COVID-19 membabitkan varian Delta. Bagaimanapun, sekatan kemasukan ini hanya akan berakhir sehingga akhir Julai 2021 ini.