Isu berhubung lantikan kontrak bagi pegawai kesihatan merangkumi Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi kini dilanjutkan.
Penilaian ini telah dicapai oleh Kabinet di mana, ketiga jawatan tersebut akan ditawarkan pelantikan secara kontrak selama 2 tahun setelah melengkapkan khidmat wajib mengikut penggajian kepakaran petugas.
Malah pada kenyataan Perdana MenteriĀ Muhyiddin Yassin hari ini (23 Julai), Kabinet juga bersetuju melanjutkan pelantikan secara berkontrak untuk tempoh maksimum selama 4 tahun bagi tugasan Pegawai Perubatan dan Pergigian, yang diterima mengikut pengajian kepakaran dalam tempoh kontrak 2 tahun pertama.
Keputusan itu bagi memastikan pegawai kesihatan terlibat, berjaya melengkapkan pengajian kepakaran masing-masing.
Tidak hanya itu, beberapa kemudahan dan faedah telah ditambahbaik kepada ketiga jawatan tersebut. Ia merangkumi Cuti Tugas Khas Perubatan, Cuti Tibi, dan perolehan kos tambang mengunjungi wilyah asal.
Menerusi tindakan ini, ia adalah cerminan sokongan pentadbiran negara ke atas petugas lantikan kontrak selaku barisan hadapan negara. Kerajaan turut menyatakan kebajikan petugas barisan hadapan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.