Ketidaktentuan krisis kesihatan dan ekonomi global ketika ini, nyata memberi kesan kepada pertumbuhan aliran perbelanjaan pengguna negara. Situasi halangan, dan penyusutan ini dijangka terus kekal menjelang tahun 2022.
Pemerhatian agensi penarafan antarabangsa Fitch Solutions ini dilakukan, menerusi semakan semula ujuran pertumbuhan perbelanjaan isi rumah Malaysia bagi tahun ini 2021.
Penyusutan tahun ini, dijangka mencapai kepada 3.0%. berbanding 11%, unjuran sebelum ini. Di mana pada tinjauan mereka, jumlah perbelanjaan isi rumah bernilai RM900 bilion pada 2021, lebih rendah berbanding RM905 bilion yang disasarkan sebelum COVID-19 pada 2019.
Selain itu, jualan runcit negara bagi separuh pertama 2021 – memperlihatkan data lemah, disebabkan penambahan sekatan meningkatkan lagi risiko peruncitan Malaysia.
Tidak hanya sekatan – Fitch Solutions turut melaksanakan semakan berdasarkan skop penawaran fiskal kerajaan terhadap rakyat negara. Bagi meneruskan sokongan kewangan.
Setakat ini, paras KDNK Malaysia ditetapkan pada 4.9% berbanding 10% sebelum ini. Sementara kadar inflasi pula, pihaknya masih kekal optimis paras tersebut akan kekal sederhana pada 1.3% untuk 2021 dan 1.9% bagi tahun 2022.