Artikel

Penyertaan Microsoft Bersama MaGIC, Sidec Dan Sunway iLabs – Perkasa Ekosistem Startup Negara

Bagi meningkatkan ekosistem startup negara pada pertumbuhan ekonomi, sokongan berterusan dari syarikat teknologi wajar diperkasakan. Ini merangkumi aspek sokongan kemahiran digitalisasi. Menyedari kepentingan itu, Microsoft kini mengumumkan kerjasama pihaknya bersama MaGIC, Perbadanan Teknologi Maklumay & Ekonomi Digital Selangor – Sidec dan Sunway iLabs menerusi Program Pecutan Global (GAP).

Kerjasama ini dilihat mampu memanfaatkan sumber teknologi yang dimiliki Microsoft dalam membantu usahawan negara memperkasakan kedudukan mereka pada ekonomi digital.

Antara perkongsiannya adalah penyediaan latihan peralihan data dan pembinaan infrastruktur melalui Microsoft Azure serta sokongan AI, IoT dan dataraya.

Penyertaan Microsoft dilihat selari dengan sasaran MyDIGITAL Malaysia untuk memperkasakan sekitar 5,000 startup tempatan menjelang 2025.