Artikel

Kerajaan Sedang Perhalusi Usul – Membolehkan Rentas Negeri Bagi Individu Yang Telah Terima 2 Dos Vaksin

Meskipun perincian berhubung syarat kelonggaran ke atas individu yang telah menerima 2 dos suntikan vaksin COVID-19, masih tidak diketahui. Namun, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri kini mula memberi gambaran awal pada status media sosialnya.

Pada kenyataan media sosial Facebooknya hari ini (22 Julai) memaklumkan pertimbangan usul merentas negeri bagi pasangan dan keluarga jarak jauh kini sedang diteliti oleh pihak penilaian.

Usul ini merangkumi individu yang telah menerima 2 dos suntikan vaksin COVID-19. Menurut TPM Ismail, beliau memahami akan situasi yang dilanda oleh rakyat negara.

Maka, isu ini telah dibentangkan pada mesyuarat MKN, dan akan dimakumkan dari semasa ke semasa – keputusan penilaiannya mengikut situasi kesihatan negara.